DFM Resources

DFM Resources
Pest Control

Thursday, 24 October 2013

~SEMUT~


Rasa pedih. Memusnahkan kayu. Mencemarkan makanan. Begitulah kitaran kehidupan kebanyakkan jenis semut.

Tiada siapa yang mahu rumah mereka menjadi tempat semut-semut bersarang. Sekecil manapun semut itu is masih mempunyai sengatan yang agak menyakitkan, terutama bagi kanak-kanak mahupun haiwan peliharaan. Carpentar ants atau disebut juga sebagai semut tukang kayu berupaya memusnahkan sebatang kayu yang besar kerana mereka akan mewujudkan lorong-lorong jalan bagi membentuk tanah jajahan mereka. Dan jika  semut mancapai bekalan atau simpanan makanan anda, anda perlu bimbang dengan pencemaran makanan.

Berikut adalah tanda-tanda atau petunjuk untuk mengesan pembentukan infestasi semut di rumah anda:-

#1 : Tatal kayu di atas lantai

Ini adalah tanda-tanda serangan semut yang khusus merujuk kepada serangan semut tukang kayu dimana semut-semut ini sering meninggalkan tatal kayu di tingkat dimana mereka sedang menggali. Untuk makluman semut ini tidak makan kayu atau menelan kayu seperti yang anai-anai lakukan. Sebaliknya mereka hanya mengunyah melalui kayu dan membuangnya kembali kerana mereka ini hanya mahu menggali ke dalam kayu sahaja. Semut-semut ini biasanya tidak melakukan kerosakkan yang dahsyat keatas rumah anda seperti yang anai-anai mampu lakukan tetapi kesan jangka panjang jika ia tidak dihapuskan tepat pada masanya mampu menimbulkan kerosakkan yang minima.

#2 : Visual pengenalan semut

Sesuatu yang amat jelas jika anda melihat garis semut diatas lantai atau merangkak didinding samada didalam atau di luar rumah, apakah yang terlintas difikiran anda..? Rumah anda telah menjadi sarang semut..!! Samada itu adalah masalah sebenar atau hanya beberapa ekor semut yang sesat dan sedikit anda masih perlu menyiasat. Cari dan periksa dengan teliti garis-garis semut, didalam dan diluar rumah anda, semak juga jika terdapat tanda-tanda semut bukit. Semburan menggunakan bahan kimia adalah cara terbaik selain memusnahkan busut-busut semut bukit ini.

#3 : Anak semut bersayap

Walaupun ini boleh menjadi sebahagian daripada pengenalan visual, kita meletakkan ini didalam kategori sendiri kerana ia adalah sangat khusus. Kebanyakkan org mempunyai tanggapan bahawa a) mungkin terdapat spesies semut yang mempunyai sayap atau b) apa yang kelihatan seperti semut bersayap sebenarnya adalah satu lagi jenis serangga kerana apapun...semut tidak terbang...adakah?? Jawapannya yang pertama adalah tidak ada satu jenis spesis semut pun yang bersayap dan yang kedua yang bersayap itu adalah berkemungkinan hanyalah semut pembiakkan di tanah jajahan dimana anda mungkin berfikir bahawa ianya adalah anai-anai. Kaedah visual online akan menjawab persoalan itu.



















TAHUKAH ANDA:

~ Menurut Holldobler dan Wilson (1994) dianggarkan sebanyak 9,500 spesis semut yang telah dikenal pasti oleh manusia dan jumlah mungkin meningkat lebih lagi sekarang ini dengan penemuan demi penemuan oleh para pengkaji serangga.

~ Menurut kajian yang dijalankan oleh USM pada pertengahan 80-an dahulu, semut merupakan masalah ke-3 penting kepada kita di Malaysia selepas nyamuk dan juga lipas.

~ Semut dikenali sebagai serangga berkumpulan yang saling bekerjasama dalam urusan mencari makan, pemindahan koloni, pembiakan dan juga mempertahankan diri daripada gangguan musuh. Untuk mengawal semut dengan baik, pemahaman tentang semut terutamanya dari segi biologi amat penting.

~ Salah satu sifat yang menarik yang ada pada semut adalah sikap mereka yang amat prihatin pada anak-anak semut samada di peringkat telur, larva atau pupa. Jika mereka mengesan ada gangguan maka mereka sanggup mengorbankan diri mereka demi untuk memindahkan anak-anak mereka ke kawasan yang lebih selamat. Ini tidak ada pada kebanyakan serangga lain.






HUBUNGI KAMI 

Alamat : 50-1, Jalan S2 G2, Garden Avenue


70300 Seremban, Negeri Sembilan 


Tel : 06-631 3936 - ( Office ) 

014-200 3001 - ( Azlee ) 

013-272 7801-  ( Nora ) 

013-272 7926 - (
Farah )

013-257 5557 - ( Lily ) 

 

dfmresources@gmail.com 


facebook.com/dfmpestcontrol