Seperti kebanyakkan serangga dan makhluk perosak yang lain, kesinambungan hidup lipas bergantung pada telur dari lipas betina & sperma dari lipas jantan. Terdapat 2 jenis spesis lipas utama yang terdapat di Malaysia iaitu:
1) Periplatena Americana
Spesis ini berasal dari Amerika Selatan dan mudah di temui di kebanyakkan negara beriklim tropika. Lipas ini tersebar ke seluruh dunia melalui kapal2 dagang. Lipas dewasa kebiasaannya mempunyai purata 4cm panjang & 7mm tinggi. Ia berwarna coklat kemerahan dan bersifat noktumal. Menyukai tempat2 sejuk dan & gelap. Spesis seperti ini selalunya akan menghuni almari, tong sampah, rekahan dinding dan pembetung.
2) Blatella Germanica
Spesis ini mudah di temui di kebanyakkan petempatan manusia di serata dunia dan selalu disalah ertikan sebagai anak lipas, berwarna perang dan kadangkala hampir kehitaman. Pengawalan terhadap spesis ini adalah agak sukar kerana di anggarkan purata lipas ini dalam satu populasi boleh mencecah sehingga 10,000 ekor pada satu2 masa.
Tahukah Anda:
Setiap kali anda melihat seekor lipas, berkemungkinan ada 200 lagi yang bersembunyi di sebalik dinding anda.