Company Logo

DFM Resources.

Kawalan Serangga Am dan Makhluk Perosak

kaedah rawatan kawalan serangga dan makhluk perosak seperti semut, lipas dan tikus. Kaedah rawatan adalah semburan residu (residual spray) bagi membunuh serangga seperti semut dan lipas serta umpanan bongkah racun bg tikus.

Rasa pedih. Memusnahkan kayu. Mencemarkan makanan. Begitulah kitaran kehidupan kebanyakkan jenis semut.

Tiada siapa yang mahu rumah mereka menjadi tempat semut-semut bersarang. Sekecil manapun semut itu is masih mempunyai sengatan yang agak menyakitkan, terutama bagi kanak-kanak mahupun haiwan peliharaan.

Lipas Di Malysia

Terbahagi kepada dua iaitu Periplatena Americana dan Blatella Germanica.

Tahukah anda bahawa tikus adalah

pembawa kepada lebih 35 jenis virus dan bakteria berbahaya seperti salmonellosis, leptospirosis, plague dan hantavirus. Jadi bertindak sekarang jika mendapati premis atau kediaman anda mengalami masalah kehadiran makhluk perosak ini.

Jika anda temui kejadian sedemikian,apakah yang perlu anda lakukan?

JANGAN PANIK....apa yang anda perlu lakukan ialah mengubah kedudukan barangan yang belum rosak dan segera menghubungi DFM Resources - Pest Control di talian 013- 267 5557 / 013-657 3210 untuk menangani masalah anda. Lawatan dan pemeriksaan pihak kami adalah percuma. Kami menawarkan harga yang rendah dengan kualiti yang tinggi.

DFM Resources

DFM Resources
Pest Control

Thursday, 28 November 2013

~Tikus~

TIKUS

Tikus seringkali dilihat sebagai ancaman kepada harta benda manusia. Terdapat beberapa spesis di Malaysia dan mereka dikategorikan dalam keluarga Rodensia. terdapat banyak masalah yang dibawa oleh makhluk perosak ini antaranya adalah wabak penyakit, kemusnahan harta benda dan kadangkala mengakibatkan kebakaran kesan daripada tabiat mereka yang gemar menggigit pendawaian elektrik dan sebagainya.Di negara kita, terdapat dua jenis tikus yang biasanya ditemui iaitu tikus rumah dan tikus Norway.

Tikus Norway 

Tikus jenis ini biasanya membiak ditempat-tempat yang berdekatan dengan sistem pembentungan, sungai, pantai ataupun longkang. Kadangkala ia juga boleh ditemui ditingkat bawah bangunan dan tempat manusia membuang sisa-sisa makanan atau tempat pembuangan sampah. Badan mereka yang berukuran 18-25cm panjang dan mempunyai purata berat 300-400 gram seekor.

 


Tikus Rumah 

 
Tikus rumah adalah spesis yang paling banyak ditemui di Malaysia. Habitat spesis ini adalah kawasan petempatan manusia dan kawasan seperti pasar yang mana terdapat banyak amakanan dan air. Badan mereka berukuran 15-22 cm panjang dan purata berat 150 - 300 gram seekor.










TIKUS – BAHAYA DAN PENYAKIT

Tikus merupakan haiwan perosak yang membawa penyakit berbahaya. Seringkali kita mendengar tentang penyakit dan kematian yang berlaku di sebabkan oleh gigitan dan kencing tikus ini. Berikut adalah contoh-contoh penyakit bawakan dari tikus ini:-

1)     Hawar ( Plague ) -  Penyakit ini dijangkiti melalui kutu yang terdapat pada badan tikus (Xenopsyllacheopis) yang berupaya melompat dan bergantung pada bulu roma manusia. Bakteria yang terdapat pada kutu tersebut akan memasuki salur kelenjar limfa manusia. Antara tanda jangkitan tersebut ialah demam, pembengkakan pendarahan kelenjar limfa.

2) Deman Berdarah dengan Sindrom Buah PinggangPenyakit ini berpunca daripada jangkitan virus (Hantavirus) yang terdapat dalam najis tikus yang tercemar. Virus ini akan menyebabkan kerosakkan buahpinggang di mana buahpinggang akan gagal berfungsi secara mendadak dan boleh mengakibatkan kematian sekiranya lewat dirawat. Antara tanda jangkitan ini ialah tekanan darahtinggi, kaki membengkak, penghasilan air kencing yang sedikit, loya dan muntah, muka menjadi sembab, koma, sawan dan juga kekeliruan mental.

3)     Riketsia- Penyakit ini berlaku akibat jangkitan bakteria yang dipindahkan melalui gigitan tungau yang terdapat pada badan tikus. Bakteria tersebut akan membiak dalam pembuluh darah manusia yang akan mengakibatkan pembuluh darah akan tersumbat serta berlakunya pendarahan. Kesannya sel-sel serta organ lain tidak dapat menerima darah sepenuhnya dan fungsi organ akan terjejas akibat kekurangan oksigen. Antara organ yang terjejas teruk ialah jantung, paru-paru dan otak. Tanda-tanda nya ialah demam, radang paru-paru, bengkak kelenjar linfa, alahan dan kekeliruan mental.


 


4)  Leptospirosis ( Kencing Tikus ) – Leptospirosis adalah tergolong dalam kelas zoonosis yang merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di dunia. Tikus merembeskan leptospira melalui air kencing secara berterusan selama berbulan-bulan. Manusia boleh di jangkiti melalui pendedahan secara langsung atau tidak langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa yang boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit melecet, mata, hidung dan mulut. Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis. Ruam, demam kuning dan sensitivity mata terhadap cahaya mula menyerang beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula reda.Penglihatan pesakit pula menjadi sedikit kabur.Simptom-simptom ini boleh berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama berminggu-minggu.Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis. 

Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik.Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput lendir.Meningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut.
 
                                       

 (“Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527 kes leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat peningkatan kes sebanyak 929 kes di laporkan.”)
Pada tahun 2010, Negara di gemparkan dengan berita kematian enam individu akibat Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran.Terbaru, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota bomba merupakan korban terbaru penyakit ini, yang sekaligus menjadi kan angka korban yang kelapan dalam selama sakurang sebulan.”)
-keratan info dari Klinik Cybermedik-