TIKUS
Tikus seringkali dilihat sebagai ancaman
kepada harta benda manusia. Terdapat beberapa spesis di Malaysia dan mereka
dikategorikan dalam keluarga Rodensia. terdapat banyak masalah yang dibawa oleh
makhluk perosak ini antaranya adalah wabak penyakit, kemusnahan harta benda dan
kadangkala mengakibatkan kebakaran kesan daripada tabiat mereka yang gemar
menggigit pendawaian elektrik dan sebagainya.Di negara kita, terdapat dua jenis
tikus yang biasanya ditemui iaitu tikus rumah dan tikus Norway.
Tikus Norway
Tikus Rumah

Tikus rumah adalah spesis yang paling banyak ditemui di Malaysia. Habitat spesis ini adalah kawasan petempatan manusia dan kawasan seperti pasar yang mana terdapat banyak amakanan dan air. Badan mereka berukuran 15-22 cm panjang dan purata berat 150 - 300 gram seekor.
TIKUS
– BAHAYA DAN PENYAKIT
Tikus merupakan haiwan perosak yang membawa penyakit
berbahaya. Seringkali kita mendengar tentang penyakit dan kematian yang berlaku
di sebabkan oleh gigitan dan kencing tikus ini. Berikut adalah contoh-contoh
penyakit bawakan dari tikus ini:-
1)
Hawar ( Plague ) - Penyakit ini dijangkiti melalui kutu yang terdapat pada badan tikus
(Xenopsyllacheopis) yang berupaya melompat dan bergantung pada bulu roma
manusia. Bakteria yang terdapat pada kutu tersebut akan memasuki salur kelenjar
limfa manusia. Antara tanda jangkitan tersebut ialah demam, pembengkakan
pendarahan kelenjar limfa.
2) Deman Berdarah dengan Sindrom Buah Pinggang – Penyakit ini berpunca daripada jangkitan virus (Hantavirus) yang
terdapat dalam najis tikus yang tercemar. Virus ini akan menyebabkan kerosakkan
buahpinggang di mana buahpinggang akan gagal berfungsi secara mendadak dan
boleh mengakibatkan kematian sekiranya lewat dirawat. Antara tanda jangkitan
ini ialah tekanan darahtinggi, kaki membengkak, penghasilan air kencing yang
sedikit, loya dan muntah, muka menjadi sembab, koma, sawan dan juga kekeliruan
mental.
3)
Riketsia- Penyakit ini berlaku akibat
jangkitan bakteria yang dipindahkan melalui gigitan tungau yang terdapat pada
badan tikus. Bakteria tersebut akan membiak dalam pembuluh darah manusia yang
akan mengakibatkan pembuluh darah akan tersumbat serta berlakunya pendarahan.
Kesannya sel-sel serta organ lain tidak dapat menerima darah sepenuhnya dan
fungsi organ akan terjejas akibat kekurangan oksigen. Antara organ yang
terjejas teruk ialah jantung, paru-paru dan otak. Tanda-tanda nya ialah demam,
radang paru-paru, bengkak kelenjar linfa, alahan dan kekeliruan mental.
4)
Leptospirosis ( Kencing Tikus ) – Leptospirosis adalah tergolong dalam kelas zoonosis yang merupakan
penyakit berjangkit paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di
dunia. Tikus merembeskan leptospira melalui air kencing secara berterusan
selama berbulan-bulan. Manusia boleh di jangkiti melalui pendedahan secara
langsung atau tidak langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan
pembawa yang boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit melecet, mata,
hidung dan mulut. Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit
otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom
yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis. Ruam, demam
kuning dan sensitivity mata terhadap cahaya mula menyerang beberapa hari
setelah simptom-simptom di atas mula reda.Penglihatan pesakit pula menjadi
sedikit kabur.Simptom-simptom ini boleh berlanjutan sehingga beberapa hari dan
mungkin juga berterusan selama berminggu-minggu.Petanda-petanda seperti demam
panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah
merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis.
Leptospirosis
ini boleh menjadi lebih kronik.Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan
ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput lendir.Meningitis
(radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku.
Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut.
(“Mengikut statistik Kementerian
Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527 kes leptospirosis telah dicatatkan,
dan pada tahun 2007 pula, terdapat peningkatan kes sebanyak 929 kes di
laporkan.”)
Pada tahun
2010, Negara di gemparkan dengan berita kematian enam individu akibat
Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran.Terbaru, sebagaimana
yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota bomba merupakan
korban terbaru penyakit ini, yang sekaligus menjadi kan angka korban yang
kelapan dalam selama sakurang sebulan.”)
-keratan
info dari Klinik Cybermedik-