CICAK
Cicak merupakan sejenis reptilia berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang telah dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rambut-rambut halus yang mewujudkan daya lekatan (elektro-magnetik) pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam.
Cicak yang terdapat di Malaysia lebih dikenali dengan nama cicak rumah (hemidactylus mabouia) kerana keupayaannya mengadaptasi kehidupan dengan manusia. Kebiasaannya seekor cicak dewasa berukuran 3-6cm panjang dan 0.5-1cm tinggi.
PENGAWALAN TERHADAP CICAK
Tidak banyak kaedah dalam pengawalan cicak. namun begitu semburan kimia yang mempunyai boric asid boleh dijalankan pada tempat-tempat yang sering diganggu cicak.
Umum mengetahui bahawa cicak menjadikan serangga sebagai makanannya. Oleh itu, pengawalan terhadap serangga seperti semut, lipas dan sebagainya adalah cara terbaik dalam pengawalan cicak.