DFM Resources

DFM Resources
Pest Control

Tuesday, 26 November 2013

~Kutu & Pepijat~

Pijat atau kutu badan (Pediculus humanus humanus) merupakan sejenis kutu yang hidup secara bersembunyi. Keadaan seseorang mempunyai kutu kepala, kutu badan atau kutu ari-ari dikenali sebagai Pediculosis.

Kawasan kegemaran pepijat adalah dicelah-celah tilam, bantal dan juga sofa. Ia hidup dengan menghisap darah manusia. Setelah digigit pijat, kebiasaannya kita akan merasa gatal dan mengalami sedikit lebam dikawasan yang digigit.

ENTOMOLOGI
Pediculus humanus humanus (kutu badan) hampir tidak dapat dibezakan dengan kutu kepala Pediculus humanus capitus dan dibawah keadaan makmal ia mampu membiak silang. Bagaimanapun didalam keadaan semulajadi kedua sub spesis tidak akan membiak silang dan menghuni habitat yang berlainan. Secara khusus kutu badan telah berubah dan melekatkan telur mereka kepada pakaian, sementara kutu kepala melekatkan telur mereka pada pagkal rambut.

kutu badan merupakan gangguan kerana mereka mengakibatkan keadaan gatal yang melampau. Selain itu mereka juga adalah vektor penyebar penyakit lain seperti wabak tifus (epidermic typhus) dan demam berulang (relapsing fever) bawaan kutu.




RAWATAN
Penyah kutu boleh dicapai dengan merebus semua pakaian dan cadar. Malah pada suhu 130 darjah farenheit atau 55 darjah celcius selama 5 minit akan menghapuskan hampir kesemua kutu dewasa dan menghalang telur daripada menetas. Sekiranya perkara ini tidak mampu dilaksanakan menggunakan bedak 10% DDT, 1% malathion atau 1% permethrin juga turut berkesan. Sekiranya racun serangga tiada, pakaian dan cadar yang dijangkiti kutu perlu dibakar menggunakan pembakaran terbuka.

Nota: Ubat-ubatan biasanya tidak diperlukan kerana masalah selalunya akan hilang dengan mandi setiap hari dan memakai pakaian bersih.